Monday, December 12, 2011

6 packs and 6 inches

Salam korang semua... wahhh.. tajuk xleh blah.. haha.. sebenarnya tak ada kaitan semua tu. aku ada usha2 satu blog ni.. lupa plak blog nma pe.. tapi tips yang ada kat dalam blog tu.. aku nak kongsi dengan korang2 semua.. blh gak la aku ikut tips tu. sebab aku pun bukanlah pandai sangat nak berfesyen ala kim kardashian. so petua dan tips ni dapat membantu aku dan juga korang2 semua...
salman khan tu.. haha.. tengok six packs dia.. mengancam.. haha... nnt kalau nak cari pakwe cari yang macam ni yer.. nanti boleh tunjuk kat cik wawamohd..
love dis stiletto..disebabkan wawamohd ni tahap ketinggian tidak mencukupi.. banyak la heels and stiletto berminat n terpahat kat hati ni.. belinya tak jugak..
TIPS UNTUK LELAKI

1. Pilih pakaian yang fit - Benda utama yang akan menampakkan lelaki 'alert' dengan fesyen ni ialah cara memilih baju. Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar daripada badan. Pastikan korang memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut. Berhati-hati ketika memilih, fit bukan bermakna ketat.
2.Santai bukan membosankan - Berpakaian santai bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat santai di televisyen.
3.Simple tapi smart - Apabila bercerita tentang fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis. Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai seluar jean pun boleh kena gayanya.
4. Berhati-hati memilih t-shirt - Jangan amalkan memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan bergerak.
5.Pastikan muka bersih dan kemas - Perhatikan wajah anda, terutama sekali pada janggut. Ada nampak terurus? Bulu hidung tu ada terkeluar-keluar? Sideburn tu ada nampak macam Elvis Presley? Pastikan muka nampak bersih dan kemas, buang segala bulu roma yang dirasakan menyemak. Pemilihan pencukur juga amat penting.

TIPS UNTUK PEREMPUAN

Pakaian:
Ada sesetengah pakaian memang dibuat untuk mengikut bentuk badan. Contohnya “Pencil Skirt”. Ia direka untuk menampakkan bentuk pinggang dan punggung bagi menyerlah keseksian si pemakai. Jika anda memilih untuk memakai skirt sedemikian, pastikan saiznya adalah betul. Jangan memilih saiz yang lebih besar dan longgar di bahagian punggung atau terlalu labuh hingga melepasi paras lutut.

Sesuaikan kasut bersama beg tangan:
Adakah semestinya kasut dan beg tangan ada mempunyai warna yang sama? TIDAK. Kasut dan beg tangan haruslah sesuai dengan seluruh diri anda. Ianya perlu nampak hebat bersama dengan pakaian dan make-up anda. Selalulah pilih gabungan yang menampakkan kelainan dan kreatif.

Twinsets:
Jika anda memilih untuk menggunakan twinsets, pastikan ianya sesuai. Ada kalanya twinsets yang dijual dari jenama popular bukanlah satu gabungan yang baik. Anda perlu sentiasa curiga. Anda juga boleh membuat gabungan twinsets anda sendiri. Mungkin kemeja putih dengan sweater bergaris boleh membuatkan anda tampil bergaya.

Chunky hells

Terutama yang rendah. Jangan gunakan alasan keselesaan untuk memakainya dengan semua jenis pakaian anda. Terdapat berbagai fesyen tumit yang ada dipasaran sekarang ini seperti kitten heels, wedges dan platforms. Anda pasti akan menemui sesuatu yang menyediakan kestabilan dan gaya.



Sembunyikan kekurangan:
Lebihan lemak di perut atau lengan boleh menakutkan mata yang memandang. Kemeja yang agak kecil mungkin nampak seperti hendak tercabut butangnya apabila anda duduk. Small shoulder padding atau slim fitting shirts bukanlah satu pilihan yang baik jika anda mempunyai lebihan lemak.


p/s : harap2 tips ni dapat membantu kamu :)

No comments:

Post a Comment

klik la.. cute tau..!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...