Monday, November 14, 2011

hubungan kali kedua

salam.. berkurun sudah tak update blog...dulu aku ada update entry pasal peluang kedua. bukanlah aku nk cakap peluang kedua tak elok. tapi peluang kedua selalunya tak seindah pada mulanya. dan mungkin akan musnah lebih teruk dari yang di sangka...

biarlah peluang kedua tu hanya untuk orang yang betul2 kita tahu hati budi... cam ayah dan mak kita. bukan untuk orang lain.walaupun suami. mulut kata berubah. hati belum tentu berubah seperti mulut yang bertutur. berwaspada lah dalam memberi peluang.

bila terjadinya atau terjalinnya untuk kali kedua... gambaran yang kita impian tak mungkin seindah realiti yang kita lalui. cuma hati diam mahu dan rela di perkotak katikkan. dan hati mahuia terus kekal. tapi bila sampai satu tahap dimana aku sendiri pun tak mampu nak mempertahankan hubungan itu. ia akan musnah.. walaupun sayang masih ada.. tak mungkin hubungan itu akan terjalin. tidak sama sekali ia akan berlaku lagi.

biarlah mencari hubungan baru yang akan lebih membahagiakn dan dapat menyenangkan hati. mungkin itu takdir yang mengajar aku untuk lebih berhati2. biarlah ianya tinggal kenangan semata2. aku tidak menyesal n aku bersyukur kerna pernah mendapat peluang untuk lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan.

dulu kita pernah bersama-sama mengharungi keheningan pantai... dan kita sama2 menyaksikan gelora ombak yang mengajar kita untuk saling menyayangi..suka duka kita bersama akan menjadi kenangan kita.

aku sudah maafkan kau...

No comments:

Post a Comment

klik la.. cute tau..!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...