Monday, July 26, 2010

tips bertudung


Pemakaian tudung yang bersesuaian di kalangan wanita menjadikan si pemakai kelihatan lebih sopan, kemas, anggun dan bergaya. Oleh itu, aku ingin berkongsi sedikit tips pemilihan tudung.

Secara asasnya, pemilihan sesuatu tudung perlu mengambil kira beberapa faktor penting seperti; fabrik, warna, saiz, corak, bentuk muka dan gaya pemakaian.walaupun ak x pkai tdg tapi ak tau la skt2 sal tdung ni..ehehehe,..

Tip 1:
Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas dan kain kasa(bawal).

Tip 2:
Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.

Tip 3:
Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda.
Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju korang, pilihlah tudung warna hijau.

Tip 4:
Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.

Tip 5:
Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.

Tip 6:
Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan korang dari kelihatan sudah berusia.

Tip 7:
Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh.
Ia untuk mengelakkan wajah korang kelihatan penuh dan tidak terurus.

Tip 8:
korang yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar.
caution! Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan korang kelihatan pucat.

Tip 9:
korang yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah.
caution! Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Tip 10:

Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan korang kelihatan lebih cerah dan terang.
awas! Cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah korang tidak kelihatan kusam.

Tip 11:
Pastikan tudung korang dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.

ok x? Harap2 korang cuba lah nyer,
:)


2 comments:

klik la.. cute tau..!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...